Mar 23, 2008

Entry tertangguh- Sambutan Maulidur Rasul

Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini UKM telah mengadakan perarakkan Maulidur Rasul pada 21 Mac 2008. Alhamdullilah syukur kepada Tuhan kerana telah memberi keizinan serta kesihatan yang baik kepadaku untuk bersama dengan rakan-rakan yang lain menyertai perarakkan ini. Sebenarnya perarakkan ini juga adalah pertandingan antara jabatan-jabatan di UKM. Setiap jabatan berusaha sebaik mungkin untuk muncul sebagai juara... Pelbagai ragam serta warna dapat dilihat semasa perarakkan ini dilangsungkan semuanya demi untuk meraih markah tertinggi... Walaupun bermacam cara cuba ditonjolkan ttp harus diingat bahawa bacaan selawat semasa perarakkan yang paling dititik beratkan...

Tahun ini jabatan yang kuwakili iaitu Canselori telah memilih warna pink sebagai warna tema... baju free tue kengkawan.. Perarakkan bermula pada jam 8.30 pagi bermula dari Panggung Seni, DECTAR. Perarakkan ini berjalan separuh daripada kampus UKM melintasi kawasan Canselori, FSSK, PUSANIKA, Library, FEP, FST, Kolej2 dan masjid UKM sebelum berakhir di DeCTAR. Menyertai perarakkan seperti ini memang memenatkan itu belum kira kemelecetan kaki kerana berjalan jauh dan juga peluh yang mengalir .... tetapi demi semangat untuk meraikannya akhirnya kuberjaya.. alhamdullilah.. Selepas perarakkan semua yang hadir diminta berkumpul didalam dewan untuk menyertai acara seterusnya iaitu persembahan nyayian, berzanji, bacaan Al-Quran, forum perdana dan tentunya majlis penyampaian hadiah bagi pemenang2. Perarakkan ini dimenangi oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan. Selalu nya selepas perarakkan aku pasti balik semula ke opis dan tak join acara dalam dewan tue tapi tahun nie terasa nak join sepenuhnya acara yang diatur tapi kira tak rugi la sebab acaranya memang baik. Kira mengisi jiwa dan juga minda...


Nie gambar yang dapat dicilok dari jurugambar profesional UKM.. Nak bergambar tak sempat so cilok je la ye...


Barisan muda-mudi harapan bangsa dan agama sedang melangkah megah


Para jelitawan melangkah ayu. Agak-agak yang mana satu gambar aku tue ye..heheh

Persembahan nyanyian daripada pelajar kolej

Nota : Ada kawan aku tue pulak dapat baby masa Maulidur Rasul .. Nanti aku update lepas menziarah mama baru tue

No comments: