
Today genaplah umur anakku 1 thn.. Kejap je masa berlalu.. Terasa seperti baru je lepas pantang tp rupanya dah setahun umur anakku itu.. Masa mengandungkan si Adek aku memang mengalami masalah morning sickness yg teruk sampai cuti 3 bln. Then kena drip air 4 botol.. Tp aku masuk air tue kat klinik jer.. Kalu masuk hospital tah berapa lama lak aku kena tahan..
Tp yg kelakar nyer lepas masuk air je aku boleh terus muntah balik.. So sama je la kan keadaan aku masuk air atau tak.. hmmm.. Dugaan aku masih belum abis lagi kerana lepas ok sikit dan kembali bekerja memcm dugaan lak melanda aku.. Kejang perut la.. Krem kat pinggang la.. Baby songsang la.. Memang teruk dugaan aku bersama si Adek nie..
Sepatutnya Adek lahir pada hujung bulan 12 2007 tp tak sangka dia lahir awal dua minggu iaitu pada 18hb Disember 2007. Sehari sebelum Hari Raya Aidiladha..hmmm.. Mama dan Adek sambut raya kat sepital masa tue coz Adek diletakkan dibawah pengawasan doktor sebab dia muntah bila diberikan susu.
Gambar sehari selepas dilahirkan.. berat dia 3.03kg..
Lepas dah doktor dah puas hati pagi raya tue baru kami pulang.. Ari Sabtu pulak Adek dimasukkan ke Wad Kanak2x di Hospital Seremban kerana demam kuning yg tinggi.. Aku menangis seharian mengenangkan Adek yg terpaksa ditinggalkan sendirian di wad.. Lepas 3 hari adik dibenarkan kuar sepital..
Abis je pantang aku balik ke Semenyih dan mengabiskan cuti bersama2x HB dan anak2x...Umur Adek 3 bulan, Adek disahkan pengidap Eksema pulak.. Aku tak sangka betul.. Pelbagai usaha telah dibuat utk memulihkan Adek.. Tp nampak sgt sia2x.. Akhirnya bila Adek berusia 7 bln kami bertemu dengan seorg insan yg mengesyorkan sejenis lotion barulah nampak perubahan Adek.. Terima kasih yg teramat kepada insan tersebut...
Kini penyakit Adek nampaknya makin ok berbanding dulu.. Perangai dia pulak memang lasak.. Dia boleh berjalan setapak dua sekarang tp paling pantas memanjat tangga.. Walau apa pun yg dugaan yg menimpa aku semasa melahirkan dan membesarkan Adek tetapi kelincahan dan kelasakan nyer menjadi pengubat dan menceriakan hidupku..
Baru nak pandai bergambar ..heheh..
Seronoknyer dia main air..

Adek dah boleh berdiri dan berjalan tp gaya nyer cam robot jer kan..
Mama, Papa dan Kak long doakan agar Adek sentiasa ceria, , jadi anak yg solehah, cepat sihat serta berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Ketahuilah anakku bahawa Mama dan Papa amat menyayangi dirimu dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik utk Adek dan Kak Long.
Happy Birthday my dear Adek2 @Nuriy Areefa Dalila.. Mama loveeeeeee you ssooooooooooo Much!!! Muaaahh...
3 comments:
I really like this blog, the author is very talented at blogging! I enjoyed viewing it. Check out my internet speed test blog. Comments welcome! =)
--->Free Internet Speed Test<---br
happy birthday to areefa, tolong lah cik puan ima woi, nama ko bagi dia sedap2, last2 panggil adik je tau, tak sesuai, dah beradik esok takkan nak panggil adik gak, pikir sikit. panggil ah areefa ke, nuri or dalila kan sedapppppppp
to mberenis : tq for your visit..
to kak linda : heheh.. sonang la panggil adik tue kalau ada lg panggil la baby ke ape ker..
Post a Comment