Oct 27, 2009

Perkembangan Si Adek

Last weekend aku tak de gie memana coz keadaan Adek masih tak berapa nak baik. Sabtu tue patutnya aku follow my MIL ke PD ada jemputan kawin tp dek kerana tak nak mudaratkan anak aku tue so aku ambik keputusan duk kat rumah jer hanya HB dan si Nis je yg pegi..

Adek pun tak berapa nak aktif cam selalu.. Kat rumah pun asyik nak merengek jer.. Tp sib baik dpt gak aku siapkan segala kerja2x rumah. Lepas je siap segala kerja aku tue terus lepak ngan dia depan tv. Makan pun tak berapa nak lalu sangat... Puas aku pujuk tp asyik menggeleng jer..

Adek dan tocang nyer.. tetiba je suruh mama dia ikat..

Gambar-gambar nie aku ambik masa melayan dia depan tv. Tengok la gelagat dia yg dok sibuk nak buat peace yg tak pernah jadi... kelakar lak rasanya.. tak lama lepas tue dia minta susu dan terus tido sampai petang.. Sedar je dari tido sibuk dia cari kakak dan papa dia.. sunyi agaknya dia tak de kawan... Cian kat dia.

Bila dengar je kakak dan papa dia balik bukan main ligat dia turun bawah jenguk.. Baru la nampak muka dia happy dia.. Hari Ahad nampak dia cergas dan mula melasak cam biasa cuma selera nyer belum datang lagi. Hope sangat dia nak makan cam biasa sedih lak tengok dia kurus dan tak de selera cam tue... huhu.. Mama kena carikan vitamin nie..

No comments: