Semlm aku menerima berita yg amat mengejutkan. Ez anak Kak Julie telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.00 pagi. Rupanya pertemuan aku dengan dia pada Rabu lepas adalah pertemuan terakhir...
Sangat menyedihkan kerana aku ingat dia akan sembuh dan sihat seperti selalu. Tp nampaknya Allah lebih menyayanginya.. Dia pergi setelah lama menderita dengan penyakit tersebut. Menurut Kak Julie arwah telah mengalami muntah darah sejak pukul 3.00 pm (Selasa). Doktor cuba masukkan ubat sebanyak dua kali tp keluar balik melalui muntah darah. Keadaan berlarutan hinggalah ke jam 1.30 pagi dan pukul 3.00 pagi dia menghembuskan nafas terakhir nyer.
Aku dapat sms berita berkenaan semasa dlm perjalanan ke pejabat. Terima kasih pada Liza, Awin dan Miza kerana mengutuskan berita berkenaan. Aku pun memanjangkan berita tersebut kepada kengkawan yg mengenali Kak Julie. Rupa masih ada yg belum mendapat berita terkini...
Aku berjanji ngan si Mak Buyung (Y) dan of course my hb. We all bertolak dari Putrajaya dlm kul 9.00 pagi. Ingatkan jenazah akan dikebumikan selepas zohor tp dipercepatkan kerana arwah mengalami pendarahan. Jenazah pulak dah siap dimandikan dan dikapankan dari hospital. Masa kami sampai tue suasana suram dan pilu menyelubungi rumah nenek arwah.
Aku masuk ke rumah dan nampak kawan2x sekolah arwah mengelilingi jenazah. Kak Julie berada di sisi jenazah dengan wajah yg sugul.. Aku amat sedih melihat keadaan Kak Julie. Tak tertahan lagi airmata aku semasa memeluk dia begitu juga dengan Y.. Teresak2x dia dlm pelukan Kak Julie. Terpaksalah aku sabarkan dia coz tak tahan tengok Kak Julie yg dah lesu begitu...
Ramai gak kengkawan dari UKM datang. Dlm kul 10.30 Ust. Harun Din datang dan membacakan doa untuk arwah sebelum jenazah disembahyangkan. Sebelum tue Ust. menyuruh menggantikan kapas yg menutupi arwah kerana telah dipenuhi dengan darah. Aku dan beberapa orang membantu Kak Julie menggantikan kapas tersebut. Lepas selesai aku tengok Kak Julie dah tak mampu berdiri lagi. Mungkin dia tau masa untuk anak dia dah sampai.
Aku bantu dia bangun dan temankan dia sepanjang org sembahyangkan jenazah. Sangat pilu waktu itu.... Tp Kak Julie tetap tabah dan punya semangat yang tinggi untuk mengiringi anaknya hingga ke liang lahat.. Dia nak drive gak keta ke tanah perkuburan... Aku suruh dia naik keta jenazah je tp dia berkeras tak mau. Mungkin kalu dlm keta tue dia akan lebih sayu dan sedih ....
We all pulang lepas kereta jenazah bergerak....Kak Julie drive keta ditemani oleh adik2x nyer dan juga mak dia. Masa tue aku nampak ketabahan nyer..Kao memang kuat semangat kak.. Moga kao redha dengan pemergian arwah.. Kalu kao perlukan teman berbual dan meluah perasaan aku ada di sini kak.. Jangan risau...
Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Al-Fatihah buat arwah.. Moga arwah tenang di sana dan dirahmati Allah.. al-fatihah..
No comments:
Post a Comment