Semlm lepas keje aku bergegas ke PPUKM utk melawat Ez, anak Kak Julie (my ex-officemate di UKM). Anaknya si Ez dimasukkan ke PICU(Pedratik Intensive Care Unit) kerana mengalami bengkak jantung dan kegagalan buah pinggang. Punca utamanya adalah jangkitan kuman akibat cirit birit beberapa hari sebelum nyer.
Actually Ez adalah penghidap Talasemia. Kalu dah kena penyakit nie memang antibodi badan agak lemah begitu juga dgn organ2x dlm badan. Since aku bekerja di UKM byk kali gak si Ez masuk dan keluar hospital. Masuk darah tue dah memang jd rutin tetiap bulan la.. Kesian tengok keadaan dia. Tp Ez memang anak yg kuat semangat. Walaupun dia sakit dan kerap kali absent tp dia pandai dlm study.
Semlm masa tengok keadaan dia ngan muka yg bengkak, wayar berselirat dan mulut ditutupi oksigen mengalir airmata keibuan aku. Kak Julie pulak memang terkenal ngan semangat kental nyer. Dia tak nampak sedih pun tp dlm hati dia kita tak tau kan.. Aku memang respect abis ngan dia. Cool giler.. Walaupun doktor dah jangkakan hayat anaknya itu tinggal 50-50 jer..
Bila2x masa je jantung dia akan berhenti berdegup dan dia sebagai ibu perlu tabah dan bersedia untuk menghadapi situasi itu. Aku rasa Kak Julie memang dah siap sedia lama dah coz anak nyer menghidap Talasemia dari umur 4 thn lagi. Ikut sejarah doktor penghidapnya hanya akan bertahan hingga umur 20 thn... Ez dah berumur 15 thn kini.. Adakah ajalnyer telah sampai? Wallahulam bissawab.. Kita tak tau ape yg Allah takdirkan utk anak sekecil itu.
Masa dlm wad itu tetiba sorang attendan mengusung keranda masuk. Kak Julie kata ada budak baru meninggal. Penyakit dia sama ngan Ez. Dia baru masuk 3 jam yg lepas.. Sedih mendengarnya.. Aku tau Kak Julie pun sedih dan aku sebagai kawan hanya mampu memberikan semangat dan berdoa utk kesejahteraan anaknya itu. Sebelum balik aku bisikkan kat Ez moga dia tabah dan cepat sembuh. Dia angguk2x jer.. Sayu hati aku.. Tp aku tak blh mengalirkan airmata didepan dia nanti dia sedih lak kan...
So pada kengkawan diluar sana marilah kita sama-sama berdoa agar Ez dapat melalui situasi kritikal ini dengan jayanya. Moga dia akan dapat meneruskan kehidupan dia dengan lebih baik lagi... Amin..
No comments:
Post a Comment