Dec 9, 2009

New Office

Today masuk ari ke 3 aku dok kat office baru nie.. So far so good. Officemate semua ramah tamah dan sangat rajin membantu.. Alhamdullilah syukur sesangat cuma aku agak bz skit almaklumlah office baru kan. Kena mengemas bilik sendiri dan keje yg paling aku suka adalah menghias..hehhe.. Tp paling penting aku tengah belajar keje2x kat sini. Aku bukan just buat keje Setiausaha biasa je tp kena buat report tuk dihantar ke Istana. Byk gak la step2x yg kena buat. Poning gak la palo mak cik nie ha.. tp bak kata rakan sejawatan buat slow2x la dik..heheh

Meh den cito skit pasal office den nie ha..Ramai tak tau nie..Pej Lembaga Penasihat nie mengendalikan kes2x berkaitan ngan Dadah dan Jenayah. Tp nie yg melibatkan konco2x je la bukan yg the head of the geng. Yg head tue for sure la kena hukuman berat kan.. Konco2x nie akan dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak yg berkaitan tuk dipulihkan. So my bos akan gie ke tempat2x nie tuk mendengar kes2x diorg nie and tengoklah whether diorg leh dibebaskan atau teruskan ngan hukuman.. Lepas je diorg blk tue bermulalah tugas aku kat office nie lak dengan menyiapkan report berkaitan kes tersebut tuk dihantar ke Istana. ha.. cam tue la kira nyer..

Keje2x steno yg biasa tue sesikit je la coz my bos selalu keluar. Dalam seminggu sehari atau dua hari je dok kat office. heheh.. Best kan?? Tp walaupun bos tak de tak bermakna aku tak de keje kan cuma agak relaks la skit. Bos aku nie lak adalah Jusa B.. Office kat sini diorg panggil Pengerusi. Ada 4 Pengerusi dan 1 Ketua Pengerusi (Jusa A).. Masa first day aku sampai tue EO kat sini tak sure lagi nak letak aku kat mana (citer tue leh tengok last entry). Lama gak aku melepak kat bilik EO tue sesambil beramah mesra ngan officemate yg lain.

Tp akhirnya dia letakkan aku kat tempat Pengerusi No.3 iaitu my current bos. Masa sessi memperkenalkan diri pada my bos yg aku panggil tuan hj dia tanyalah pasal background aku so aku citer la yg aku sebelum nie dok kat pool tp sebelum ke JPM aku keje ngan UKM selama 7 thn.. Terkejut you the EO.. tue la masa aku citer ari tue kao tak mau dengar. Tn Hj sgt suka la bila dengar aku ada pengalaman keje cuma dia kata aku kena belajar pasal buat report tue semua.. Tp EO aku kata kalu the PA to KP tak dpt stay kat office nie and the office dpt PA ganti yg freshie aku kena jaga KP.. Adooii.. tak best la pulak.. Tp buat masa nie aku jaga Tn. Hj.. Aku berdoa agar aku kekal jaga Tn. Hj nie.. Dia baik and cool jer..heheh
So tue la citer aku kat office baru aku nie.. Gambar bilik aku nanti aku upload yer coz belum abis mengemas la... ok chowww..

3 comments:

HAKIMI said...

kak, kalu taknak kasi number abg azrai, emil pun boleh. Ini emil pun tak jawab

NISREEFA said...

to hakimi : mohdazrai@yahoo.com. try this one ok.. tq

HAKIMI said...

TERIMA KASIH. Harap2 abg azrai balas emil saya.