
Hello.. ari nie sedar tak sedar kita dah berada di penghujung tahun 2009. Pada aku tahun nie adalah tahun yang amat mencabar bagi aku. Pelbagai dugaan datang dan ia benar2x menguji aku sebagai seorang insan.
Tahun 2009 dimulakan dengan keadaan ekonomi aku yg tak stabil gara2x HB tak ada keje tetap dek sebabkan ekonomi negara yg tak stabil. Nak buat cam ner kan dah nasib. Si Adek lak dengan penyakit exema dan asma nyer yg tak de kesudahan dan makin teruk.
Bulan Mac 2009 aku terima berita yg aku berjaya dengan permohonan aku untuk bertukar ke JPA. Satu berita yg aku tunggu2x dan nantikan selama beberapa bulan. Sepatutnya aku kena lapor diri pada awal bulan Mac tetapi dek sebabkan surat aku tak sampai ke rumah so semua jd kelam kabut. Dalam kegembiraan aku tue sebenarnya aku sedih juga nak tinggalkan UKM tp aku rasa perlu lakukannya demi masa depan aku walaupun ramai yg tak menyokong. Hanya teman-teman baik aku yg menyokong dan terus berikan peransang.
Akhirnya di bulan Mei 2009 aku memulakan tugas aku di tempat baru. Penghijrahan aku itu adalah sesuatu yg amat bermakna kerana selang beberapa hari HB dapat keje di KDN. Kehidupan kami bertambah baik selepas itu, alhamdullilah. Begitu juga dengan Adek dia beransur pulih dari exema nya.
Setelah beberapa bulan duduk makan gaji buta di 'pool' akhirnya pada bulan Disember 2009 aku telah mendapat penempatan tetap. Walaupun tempat nie bukan pilihan utama aku sebenarnya tp aku akur dengan ketentutan Nya. Maybe ada hikmah yang Allah nak berikan aku di tempat ini. Sapa tahu. Alhamdullilah, aku mendapat bos yg baik dan pangkat nya juga tinggi. So elaun pun lebih la..hehehh.. Semua nya rezeki aku.
Pagi ini pula aku terima satu lagi berita gembira. Memang sangat2x best.. All the PA yg ada diploma cam aku nie semua naik Gred ke N27 start 1 Januari 2010. Ya Allah.. terima kasih untuk rezekimu di awal tahun ini.. Semua PA memang menunggu berita gembira ini. Lepas nie jawatan we all adalah Setiausaha Pejabat N27 bukan lagi Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17.
Seronoknya aku ari nie.. Aku berharap agar kegembiraan ini akan terus berkekalan dan rezeki kami sekeluarga akan terus bertambah serta segala yg dirancang akan berjalan dengan lancar... Aminnnn..
So sebagai penutup aku ucapkan selamat bercuti pada semua dan Selamat Menyambut Tahun Baru. Moga Tahun 2010 semua azam dan cita2x menjadi kenyataan.. Diakhiri ngan gambar senyum sokmo dari aku....huahuha..

4 comments:
thumbs up jugak hehehe...tahniah kak...and happy new year :)
Alhamdulillah...
Tahniah, kak!! rezeki menjelang tahun baru =D
tahniah tahniah tahniah !!! n happy new year. Ni my number 0148461345. SMS JE. saya tunggu!
to weeda and noha : tq guys.. syukur sesangat
to hakimi : akak dah bg no tue kat hubby akak tue. Kao tunggu je la ye kalu tak email je kat dia. Now dia agak bz skit..
Post a Comment