Minggu nie pelbagai benda jadi kat aku. Permulaan minggu iaitu 11 Jan. 2010 genap umurku 23 ehhh.. salah ... 32 thn. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memanjangkan umurku dan memberikan aku peluang utk menikmati keindahan dunia dan menjalankan tugasku sebagai seorang isteri, ibu serta anak.
Ape hadiah besday aku thn nie?? Tak de la handbag RM40k mcm Dato' Siti kan.. Ye la Hubby aku bukan Dato' K.. heheh.. Actually aku dah bagi list kat my hubby tengok la yg mana dia akan tunaikan..tunggguuuu je la..
Aku bercuti on that day. Kebetulan my bos cuti sakit so ambik kesempatan yg ada gie dating ngan hubby. We all gie tengok wayang citer Duhai si Pari2x.. Citer dia boleh tahan la.. Yg aku tak leh tahan tue suhu sejuk yg melampau.. Nampak sangat dah lama tak kepanggung kan..hehe.. Lepas je abis wayang we all gie makan2x then gie jalan2x cuci mata. Masa tengah berjalan2x tue aku rasa tak sedap badan terus je ajak hubby balik. Malam tue kesakitan yg aku rasai berterusan dimulai dengan rasa perit di tekak. Biasa nyer bila tanda mcm tue dtg bermakna aku akan demam. Mlm tue before tido aku telan panadol tp esoknya result nyer mendukacitakan...
Akhirnya aku dpt mc 2 hari dari doktor. Doktor kata suhu badan aku agak tinggi so lepas je dpt ubat terus blk dan tido. Aku tertido sampai kul 2.00pm. Bila sedar rasa lapar.. sib baik hubby ada so dia belikan bubur nasi tuk aku. Dlm 2 hari tue keje aku hanya tido jer.. memang tak larat sungguh dengan kepala aku berat dan berpinar2x... Petang hari kedua tue aku rasa lega skit.. Dpt la aku membasuh kain dan menolong hubby menggoreng nasi utk hidangan makan malam.
Ingat the next day leh la gie keje tp Si Adek sejak blk dr rumah MIL telah menunjukkan tanda2x asma. Aku tengok dia mcm susah nak bernafas. Batuk pun dah mula dah.. dlm kul 9 gitu dah terdengar bunyi2x dr dlm dada dia.. Aku hanya berdoa agar asma dia tak menyerang kalu tak sure tak tido mlm la aku.. Apa yg aku takutkan tue terjadi juga.. Dlm kul 2.30 pg Adek mula menangis menunjukkan dia tak selesa.. Berguling2x dia kat atas tilam.. Bagi susu dia tolak.. Kesian tengok dia cam tue..
Dah puas menangis dia terlelap tp setiap jam dia akan merengek.. keadaan berlarutan hingga la ke subuh. Aku terpaksa gak bangun coz si Nis kena gie sekolah. Kalu ikutkan keadaan aku memang tak larat tp demi anak terpaksa gak la..Lepas hantar si Nis gie sekolah terus we all gie klinik. Bila sampai je kat depan klinik si Adek dah mula merengek. Dia cam tau je ape akan jd kat dia. Tp Papa dia dah menaburkan janji manis nak belikan dia mainan kalu dia tak menangis masa ambik gas nanti. Lepas je masuk bilik doktor terus je doktor bagi dia gas. Memang ajaib dia tak nangis langsung. Ha.. Papa tunaikan janji manismu yer...
Balik dr klinik bukan Adek yg tido tp mama dia yg lolap dulu.. Tak leh tahan ngan sakit kepala la.. Badan aku pun dah seram sejuk blk... Hope tak melarat la.. Aku sangat berharap aku akan sihat dan blh kembali bekerja... Lepas je bangun dari tido tgh tue Adek nampak lebih sihat dan boleh bernafas cam biasa. Alhamdullilah.. syukur.. Minggu nie memang mcm2x benda jadi. Tetiba je aku demam dan anak aku pun diserang asma. Awal tahun lak tue.. tp aku sangat berharap aku dan anak2x akan lebih sihat lepas nie. Kira nie dugaan dia awal tahun la kan.. Apa-apa pun aku redha jer..
2 comments:
hepi belated birthday utk awk... byk gak nombor tu... itu lebih kurang umur sy waktu ngajor awk dul..haha
to alladiin : thanks en. ashri.. hehehe.. masa en. ashri ajar saya umur saya baru 21 thn gitu. now nie dah anak 2 dah..
Post a Comment