Mar 26, 2010

My Friday

Arrrggghhh .. tidak pagi nie aku agak kelewatan dari selalu.. Tue pun sib baik la jam KFC si Nis berbunyi kalu tak for sure aku memontengkan diri pagi nie. Aku bebetul tak sedar pagi nie. Tp yg aku peliknya handphone aku tue beralih arah membawa maksud dia berbunyi tp aku telah menyuis off kan nyer secara separa sedar.

Untung gak ada jam KFC tue ye.. Sebenarnya semalam si Adek telah memaksa rela Mama dia gie KFC. Cam tau2x je dia Mama dia dah gaji kan??!! Sebenarnya niat suci murni dia tue nak bermain kat taman permainan yg ada kat tengah2x bangunan tue. Tapi dek sebabkan hujan semalam so hajat dia telah ditolak mentah2x oleh Mamanya. Now KFC ada menu baru iaitu nasi beriani. Set nasi ayam udah ilang dr menu di sana yer.. Nasib si Nis dan Adek nak makan nasi beriani tue. Diorg kata nasi tue macam nasi kat rumah pengantin. Ha.. lantak la korang janji makan.

Bila beli set tue ada adiah jam KFC yg berbunyi macam kokokan ayam.. Sangat real. Si Nis bukan main suka lagi ngan jam tue. So Papa dia dah pesan nanti bila jam tue bunyi kena bangun gie sekolah. Hasil nyer dia org pertama masuk bilik air pagi tadi coz Mama dia dah bangun lambat.

Nie la rupa paras jam yg berjaya mengejutkan aku dr tido lena..

Nasib baik juga kalu aku sedar kul 6 pagi kalu la aku sedar kul 8 fuhhh harus terus sambung tido jer..heheh.. Memang dalam 2 hari nie memenatkan badan aku. Mana tak nya si Adek sakit perut then merengek sepanjang malam. Dpt tido2x ayam jer aku dan hb. Ingatkan malam semalam dpt la tido awal tp budak kecik tue lak tak mau tido. Dia dah puas tido sepanjang petang semalam. Adooii.. bersabar la aku ngan perangai budak sorang nie.

Petang nie lak aku nak balik kampung. Lama dah tak balik. Last balik masa CNY ari tue. This week lak Mak Teh aku ada buat kenduri doa selamat. For sure la berkampung kat rumah dia. Aku leh bayangkan kepenatan nya balik kali nie. Hmmm... this time gak aku kena drive balik kampung secara bersendirian ngan anak2x. Laki den tak mau balik kampunggg... huaaaa...


Eh! tak de la.. acah aje. HB aku ada important short course kena attend. So terpaksa la aku balik sendiri. Tak kisah la kan nak buat cam ner. Sib baik la aku boleh drive. Cuma aku harap the girl tak buat perangai la masa on the way tue nanti. Kalu tak nanti Mama bertukar menjadi serigala jadian..hahahah..
Apa pun selamat berhujung minggu guysss.. chowww..

No comments: