Awal pagi Isnin lebih kurang kul 12.30 pagi, aku menerima panggilan dari Si Anyah. Suara dia sayu jer.. rupanya dia call sebabkan nak bagitau citer sedih yang Pak Teh aku telah meninggal dunia. Terkejut aku dan rasa cam mamai je dengar nama tue disebut. Walhal aku belum tido lagi masa tue..
Aku masuk bilik cari hp dan nampak 8 miss call. Rupanya Mak Teh aku try call aku lepas Pak Teh aku meninggal tp dek sebabkan hp aku dalam bilik, aku tak dengar. Kesian Mak Teh aku.. Masa dapat berita tue aku jadi tak tentu arah. Aku call mak kat kampung dan dia nasihatkan aku balik awal pagi jer.. Lagipun dia nak gie hospital temankan Mak Teh aku. Lepas tue terus aku kemaskan ape yg patut.
Awal pagi tue lepas subuh terus we all gerak balik kampung untuk ambil family aku dan terus ke kampung arwah. Arwah Pak Teh dikebumikan di Kg. Talang, Kuala Pilah. Masa aku sampai kat rumah arwah tengok dah ramai saudara mara yg datang. Mak Teh aku bila nampak je aku terus menangis tersedu2x.. Kesian sangat kat dia coz kehilangan arwah secara tiba-tiba. Menurut cerita Mak Teh arwah jatuh kat rumah masa nak bersiap ke tempat kerja. Arwah memang ada penyakit jantung. Dua minggu sebelum tue dia masuk hospital dan doktor kata kolestrol telah menyebabkan saluran jantung dia tersumbat.
Alhamdullilah semua urusan pengkebumian jenazah berjalan dengan lancar. Arwah dikebumikan sebelum waktu zohor. Selesai je pengebumian we all decide nak gie masjid tuk solat tapi Mak Teh aku ajak gie rumah dia coz nak ambil baju. Ye la dia tak sempat buat ape pun. Balik sehelai sepinggang. Kebetulan pula Mak Long aku dari Ipoh sampai so ajak dia lepak kat rumah Mak Teh. Nampak Mak Teh lesu je bila sampai rumah. Pilu hati aku..
Agak lama juga la aku lepak kat rumah Mak Teh... dapat juga la dia tido sekejap. Penat sangat agaknya.. Lepas Asar we all patah balik ke Kuala Pilah hantar Mak Teh then barulah we all balik ke kampung hantar my mum. We all tak tunggu majlis tahlil sebab dah tak larat. Tapi aku dah berjanji ngan Mak Teh yg aku akan datang masa kenduri tahlil yg ke tujuh nanti. Insya-allah..
Apa pun aku berdoa agar Mak Teh aku akan kuat menghadapi dugaan Allah ini dan semoga arwah Pak Teh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman.. Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment