Jun 21, 2010

Kenduri Kendara

Salam Isnin semua.. today sekolah dah mula balik kan.. sib baik la anak aku si Nis tak meragam nak bangun. Good girl anak mama. So pagi tadi semuanya berjalan lancar dan aku pun sampai agak awal. Alhamdullilah.
Last weekend memang full ngan kenduri. Sabtu aku pegi kenduri rumah besan mak aku kat PJ. Abis je sessi makan2x terus balik ke Rantau coz esoknya Mak Teh aku buat kenduri tahlil sempena genap seminggu arwah Pak Teh meninggal.
Sampai kg dah kul 6.00 pm. Penat betul rasanya. Tapi kena juga buat keje2x rumah terutama mendobi baju. Malam tue aku pow adik aku si Acik makan kat pekan...haha .. nasib la kao Acik dapat akak cam Along nie.hahha
Esoknya pulak ada kenduri tahlil arwah Pak Teh kat Kuala Pilah. Kenduri genap 7 hari pemergian arwah. Masa kenduri tue aku tengok Mak Teh masih dalam keadaan murung dan muram. Ye la pemergian arwah secara tiba2x so maybe dia agak terkejut dan tak bersedia untuk menghadapi situasi tue. Memang kesian kat dia.
Mak Teh ada juga menyuarakan yg dia nak cari rumah sewa kat area Kajang coz katanya senang nak gie keje. Tapi pada aku dia macam nak lari dari duduk kat rumah sekarang nie. hmmm... entah la .. Kita tak berada kat tempat dia so tak tau apa yg dia rasa sebenarnya kan??!!! Apa pun harap Mak Teh aku akan dapat kekuatan untuk mengharungi dugaan yg hebat ini. Aminnn..

No comments: