
Macam la tak pernah posa kan.. Last 2 week aku posa ok je tetiba la pulak cik migrain nie nak menyerang.. Makan ubat then terus baring depan tv. Entah bila aku terlelap tak tau la.. Sedar2x Si Adek dah lena kat sebelah. Terus angkat masuk bilik and sambung tido.. Hubby memang dah lama tido.. Sabar je la tengok dia lena..
Pagi tadi bangun dalam keadaan mamai. Maybe dek sebabkan penangan ubat yang aku makan mlm tadi. Kesannyer panjang gak.. Kepala masih rasa sengal2x lagi tapi hope tak berpanjangan la..So pagi nie tak dapat la aku berpuasa. Tak pe kita cuba balik hari Khamis....Dah nak sakit nak buat cam ner kan.. Bukan kita minta pun. Aku kalu boleh nak selalu sihat supaya boleh buat macam2x perkara tapi bila dah jadi macam nie semua benda tertangguh.. Cian kat diri sendiri...huhu...
Dek sebabkan mamai tue juga aku tertinggal hp kat rumah. Lepas je bersiap terus turun ke bawah tak fikir lain dah. Bila sampai opis baru perasan hp tak de.. Sunyi sepi je hidup aku rasanya tp memang selalu sunyi coz tak de org nak call pun. Tp aku takut bos aku call je..dia outstation lak nie.. Sorry la bos..hehehe...
No comments:
Post a Comment