Sedar tak sedar kita dah masuk 20 hari berpuasa... maknanya dah tinggal 10 hari lagi jer Ramadan akan berakhir.. kejap je rasanya. Persiapan raya you all cam ner dah setel?? Aku tinggal nak beli kasut and baju Mr Hubby je lagi yang lain dah setel.. alhamdullilah..
Esok plak kita semua akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53... Dah 53 tahun kita merdeka you all.. Alhamdullilah.. Moga keamanan dan kedamaian yang kita kecapi ini akan berterusan dan berpanjangan. Aku tak boleh bayangkan kalu negara kita seperti Gaza.. Nauzubillah minta dijauhkan..
Kita sememangnya patut bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Walaupun negara kita tak segah negara besar yang lain didunia tapi negara kita sentiasa aman dan tenteram. Kita boleh bergerak ke sana kemari tanpa rasa was2x cuma lately nie je yang menakutkan skit coz banyak sangat jenayah2x berlaku. Nie gara2x kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara kita.
Kadang2x tue geram gak ngan peel orang2x asing nie. Dah la masuk secara haram then nak buat huru hara plak kat sini.. Hangin je tengok.. Hope semuanya dapat diselesaikan dan negara kita akan kembali tenteram.
So selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 53 you all.. Love you Malaysia.. muahhhhzz

No comments:
Post a Comment