Dec 22, 2010

Memang suspen ler..

Today aku nak buat sessi meluah rasa skit.. Semalam aku terpaksa bercuti coz my girl tak de org nak jaga. My MIL balik kampung lak.. Dah alang2x bercuti semalam aku gie terjah ke sekolah baru si Kakak coz tak de khabar berita dari pihak sekolah. Dah nak akhir bulan 12 dah tapi satu surat pun aku tak dapat since aku buat permohonan online bulan 4 yang lepas..


Aku gie dalam tengahari gak ler coz tunggu Mr HB siapkan segala urusan dia. Nasib baik masa aku sampai tue tak de orang lain. Terus je aku tanya maklumat lanjut kat kerani tue. Dia pun explain baik punya... sekali dia tanya dah ada fail murid tak?? Aku tercengang2x dengar citer dia then aku explain ler yg aku tak pernah dapat satu surat pun dari sekolah. Dia kata surat dah hantar bulan 8 ari tue untuk buat pengesahan pasal sekolah. Rasa nak tercabut jantung aku dengar. Alamak ape ler nak jadi nie..


Then kerani tue suruh aku check nama anak kat dalam senarai yg ada. Masa check2x tue aku rasa abis dah semua doa aku dok baca. Risau weii kang anak aku tak de sekolah lak.. Nak sekolahkan kat sekolah swasta den tak mampu lorrr.. Alhamdullillah akhirnya aku jumpa gak nama anak aku.. Tapi tinggal 2 nama je lum bertanda, maksudnya belum buat pengesahan.. Fuhh !! lega giler bila nampak nama dia ada.. Kerani tue bagi explanation skit and juga bagi borang yang perlu untuk diisi dan dihantar. Kira aku nie aku buat keje yg orang lain dah buat beberapa bulan lepas.. Lantak ler janji semua benda setel and anak aku ada sekolah untuk tahun 2011..

senarai semak yg perlu dicompletekan.. haru betul ler


Setel kat pejabat sekolah terus gie beli buku2x kat koperasi sekolah. Si Kakak naik heran tengok buku2x yang banyak.... Tue belum dapat buku teks lagi.. Kalu dah dapat ape ler agaknya dia kata ekk.?? Sampai je kat rumah terus dia belek semua buku2x tue..Dok ler tanya soalan yang sama.. Ponek den nak jawab eh..

Note : Baru tau penangan anak nak masuk sekolah.. huhu

No comments: