Aku pun tak tau mana datangnya sakit mata nie.. tetiba je mata aku merah menyala.. gatal tue sesikit ler..Abis ler semua orang kat opis menegur mata aku yang merah.. Aku ada gak try letak eyemore.. kurang skit ler.. tapi the next day jadi lagi and yang lebih mengharukan dia berjangkit kat sebelah lak.. adooii.. so aku terus ler gie klinik. Fuhh.. sib baik ler kat klinik kerajaan di Kajang sistem dia ok..dalam sejam jer semua setel.. Mr hubby pun terkejut bila aku kata aku dah setel.. hahah


surat mc dari doktor kerajaan.. haha.. sekali 3 hari dpt mc..

ubat yg dibekalkan.. paling ngeri ubat krim mata teu..
Elok je aku dapat MC 3 hari dari doktor, the next day pulak si Adek diserang asma. Tetiba je dia batuk and mengah2x.. After lunch aku terus bawa gie klinik and doktor check suhu badan dia dah naik. Dada dia pun dah ada bunyi so doktor terus bagi gas untuk dia. Tapi kali nie memang lama dia demam.. suhu badan asyik ler turun naik.. Kalu malam tue suhu badan dia tak turun2x.. siang ok pulak..
Dua kali gak ler aku berulang ke klinik. Tapi doktor kata tak de ape.. alhamdulillah.. Takut gak aku mana tau kena denggi ke.. hisyhhh.. minta simpang jauh2x.. Petang hari ke 4 tue aku bawa dia gie jumpa my FIL. alhamdullillah lepas kena sembur2x ngan atuk dia malam tue suhu badan dia ok dan tak demam lagi.. Nak kena sembur2x gak budak nie rupanya..

Before balik kampung sempena CNY tue si kakak pula demam.. Balik sekolah dah start nangis2x and tak larat nak jalan. Kepala pening katanya.. cian aku tengok dia. So bagi dia baring sekejap and lepas tue aku lap badan dia. Malam tue lepas Maghrib terus bawa gie klinik. Aku minta doktor bagi MC kat si kakak coz aku tau dia takkan larat nak gie sekolah the next day. Lagipun malas nak datang berkali2x kat klinik.
Alhamdullilah malam tue dia tido lena tapi aku tetap berjaga2x coz takut suhu badan dia naik. Demam nie kita bukan boleh agak2x kan.. The next day nampak dia dah ok skit.. We all start gerak ke kampung dalam kul 11.30 tapi dek sebabkan kena gie bank untuk settelkan semua hutang so sampai kat kampung dalam kul 4.30 pm.. Kat kampung si kakak nampak dah ok dan sihat. Dia boleh berlari2x bermain ngan si Adek and Mak su dia.. hmm.. cepat tul kao sihat yer kakak rupanya demam nak balik kampung.. sabar je la Mama..
Hope lepas nie semua family aku akan sihat and tak de demam2x lagi...aminnn
No comments:
Post a Comment