Dec 7, 2011

Sunyi nyerrrr...

Dah masuk 2 hari anak-anak tak de kat rumah. Sunyi sepi rumah bila anak-anak tak ada. Kosong je rasa. hmmm... nie baru 2 hari diorg tak de kat rumah.. kalu memasing dah ada kehidupan sendiri nanti macam mana agaknya yer...

Bila aku buat post kat FB kawan-kawan aku kata time untuk honeymoon. Maybe gak ler tapi memalam sure meleleh air mata mengenangkan diorg berdua.. pusing kiri cam ternampak-nampak je diorg tido.. hahaha.. kelakar ler pulak.

Diorg balik kampung pun sebab kebetulan atok and tok mak diorg balik Segamat. Dah tak de orang nak jaga and Mr Hubby pun agak sibuk so terpaksa ler tinggalkan diorg kat kampung bersama dengan my mum.. Diorg tak nak balik Segamat ikut atoknyer coz kat sana tak de kawan and of coz tv pun tak de..

Kalu kat rumah my mum ada Mak Su and Pakcik so ramai ler geng. Kebetulan pulak my sis, si Anyah pun balik kampung bercuti seminggu so lagi ler bertambah seronok diorg. My mum lagi ler seronok coz cucu-cucu ada.. Meriah rumah dia minggu nie..

Aku je yang terasa sunyi.. Tak pe la tinggal a few day je lagi nak balik.. Sabar le wahai hati.. Apapun MAMA AMAT MERINDUI ANAK-ANAK MAMA... Tak sabar nak tunggu hari Jumaat nak balik kampung jumpa diorg....huhu..

No comments: