Aug 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Kejap je rasa nya berpuasa.  Kini dah sampai ke penghujung Ramadan.  Rasa cam baru last week je start posa nie.  This year aku beraya di perantauan..huhu.. sodih.. tapi tak pe la giliran tetap kena ikut kan..

Aku memang dah praktikkan sistem giliran nie sejak memula kawin dulu.. senang tak de sapa yang nak kecik2x hati.. memasing ada kampung so sure ler nak merasa beraya dikampung sendiri.  Tak perlu ler gaduh2x  pasal balik beraya nie coz buang masa jer.  Tak dinafikan beraya dikampung sendiri lebih meriah berbanding di kampung mertua tapi bila dah kawin nie semua benda  kena bahagi dua supaya tak de yang akan bermasam muka.  So far our family dah paham dah sistem giliran yang we all amalkan nie.  Memula tue je ada yang problem skit tapi dah biasa so semua terima dengan senang hati..

Ok ler stop membebel.. Aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada keluarga, kawan-kawan yang mengenali aku serta readers yang sudi menjengah ke blog aku nie.  Moga perjalanan kita akan sentiasa selamat dan kita akan bergembira menyambut Aidilfitri bersama-sama keluarga tersayang.  Semoga kita berpeluang bertemu Ramadan yang akan datang.. Aminnn...

No comments: