Dec 13, 2010

Cuti2x Melaka Hari Kedua

Hari kedua tue we all bangun lambat sungguh.. Macam pakat2x lak.. Maybe dek kepenatan berjalan sepanjang hari semalamnya so memasing tido tak bangun2x.. Si Adek yang tak berjalan sangat tue merupakan orang terakhir bangun ... Dek sebabkan dah hampir tengahari we all makan biskut untuk alas perut sambil menonton tv.

After check out we all terus gie ke Dataran Pahlawan untuk makan and sambung berjalan di sekitar kawasan2x yang sewaktu dengannya.. Dapat gak beli cenderahati sikit untuk kenang-kenangan..
At the muzium (den tak hengat namanya)... Kat muzium nie ada 3 tingkat and setiap tingkat lain2x pamerannya.. tingkat paling atas ada pameran kecantikan pelik2x.. memang mengerikan masuk ke sini.. tingkat kedua ada pameran layang2x and yg paling bawah pameran rakyat iaitu mengenai Melaka, kaum yang ada, permainan dan bermacam lagi..

Bergambar sekitar Dataran Pahlawan..

Then we all teruskan perjalanan ke area Ayer Keroh untuk solat anda gie Zoo Melaka tapi malangnya trem tak de lak so terus cancel je... Nak berjalan memang tak larat dah lagipun hari makin petang. So we all terus gie ke seberang jalan melalui terowong bawah tanah untuk naik kereta lembu and ke Taman Buaya..
Adek sangat takut tengok buaya2x tue.. memang tak berjalan langsung dah terus berdukung sampai ke sudah..Sabar je la den..


Dah rasa ala2x kat luar negara lak.. sangat comel replika2x nie..

Abis jer road tour kat Taman Buaya we all patah balik ke masjid untuk mandi and solat. Then terus singgah ke Mydin MITC untuk dinner sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Semenyih. We all sampai rumah lebih kurang kul 10.30 malam.. Perghhh.. memang memenatkan tapi nasib baik ler esoknya cuti kan so boleh ler rilek skit...

Bila dah bercuti nie fikiran rasa lapang jer and sangat seronok.. Lepas nie ada rancangan untuk bercuti lagi tapi kali nie bersama-sama dengan family and adik2x aku semua.. Tak sabar rasanya nak bercuti secara berjemaah nie.. hmm.. best2x..

No comments: