Dec 10, 2010

Cuti2x Melaka..

Alhamdullilah tahun nie ada rezeki aku bercuti ngan family. Walaupun dekat je destinasinya tapi sangat berbaloi rasanya.. Tujuan utama nak bawa si Adek gie Zoo tapi sampai kesudah tak dapat coz parking penuh giler.. Ye la cuti panjang sampai Selasa kan.. semua orang ambil kesempatan bercuti macam aku nie.. heheh.. Aku pegi pulak ari Ahad so memang pack ler..

Tak pe la dik lain kali Mama bawa gie zoo yer. Walaupun hajat nak bawa ke zoo tak kesampaian tapi tak ralat sangat coz we all jalan merata and of coz sampai ke malam.. Si Kakak membebel kepenatan and asyik dok tanya bila nak balik ke bilik.. Mau tengok tv katanya... sabar je la den..


First place yang we all singgah lepas menjejakkan kaki ke Melaka adalah Tourist Guide coz Mr Hubby nak cari jalan ke Taman Rama-Rama. Bila dah sampai kat sini terus aku beli map. Walaupun Melaka nie daerahnya kecil tapi jalan adalah sangat banyak and jem lak tue.. sib baik ler ada map nie. Sangat senang and boleh elak semua jem tue... Plus boleh ler tau tempat2x menarik and also ada disertakan senarai hotel and motel. So map nie kita simpan untuk masa2x akan datang.. heheh


Next place adalah Taman Rama-Rama.... tapi rama-ramanya tak ler banyak mana pun and tempat tue pun cam tak terbela jer. Dah cam hutan kecil je aku tengok.. So kesimpulannya tak berbaloi kalu singgah.. huhu..






Tempat kedua yang kami kunjungi selepas kecewa tak dapat ke zoo adalah Planetarium. Tempat nie baru dibuka and of course ler tempat nie pasal planet2x yg ada. Its a good start for our children untuk mengenali dunia sains.. The girlz nampak seronok tapi banyak ler soal jawabnya... poning gak Mama dia nak menjawab..

Bergambar sekitar kawasan and the other picture.. Mr Hubby sedang mencuba simulator membawa kapsul keluar dari ISS..ala2x angkasawan ler tue.. Ada satu kejadian yg menyakitkan hati coz masa tengah syok memandu tetiba datang sorang budak lelaki nie, gie tekan satu butang terus ilang monitor tue.. adooiii.. hangin je aku dengar. Sib baik ler aku tak de kat situ kalu tak harus aku luku budak tue..Weii.. anak sapa nie ha???



Dalam bilik teater untuk tayangan perdana.. tempat nie memang canggih coz skrin dia kat ruang atas.. tue sebab kerusi cam orang nak baring tido.. and sistem audio dia pun best cuma tayangan video tue dlm Bahasa Inggeris.. Dah la semuanya pasal sains so ramai rasanya tak paham termasuk ler aku.. so kaedahnya tengok gambar je ler.. Buat staff kat sana please buat versi Bahasa Melayu plak pas nie coz sepatah haram pun den tak pahammmmm...

Lepas je keluar dari menonton wayang terus we all cari tempat makan dan lepas tue terus bergerak untuk check in hotel. Jalan punya ler jem nak sampai ke Pusat Bandar tapi sib baik ler ada map so we all dapat ler elakkan diri dari menempuh jem sepanjang jalan. Akhirnya jumpa juga hotel we all tue walaupun dah nak masuk waktu Asar. So we all lepak2x sambil membersihkan diri.

Aktiviti malam lak we all terjah ke Mahkota Parade untuk dinner and sessi cuci2x mata. Sekali tengok kat food court dia tak de makanan yang menyelerakan.. Semuanya masakan Cina.. perghhh.. terus ilang selera.. huhu

Selesai sessi mencuci mata, Mr Hubby nak bawa gie naik River Cruise tapi bilangan manusia yang beratur adalah amat tenat so terus shoot balik ke Dataran Pahlawan untuk naik ke Menara Taming Sari. Kat sini pun ramai pengunjung so we all decide untuk naik beca round Bandar Hilir.

Penarik beca nie pun sangat sporting and ramah tamah.. Banyak info yang dia bagi kat we all.. Beca dia pun cantik kan?? Butterfly lagi.. The girls sangat suka sampai request nak naik for the second time.. huhu

We all dapat bergambar di sekitar Bandar Hilir.. Nie semua hasil khidmat si Penarik Beca yg juga pemandu pelancung kami secara tak rasmi..heheh tq bang..

Selesai meronda patah balik ke Dataran Pahlawan tapi manusia masih ramai lagi.. so we all lepak2x sesambil bergambar dulu..Aku ingat we all dah tak dapat naik Menara Taming Sari nie coz dah dekat nak pukul 11.00 tapi masa aku nak balik dari toilet then nampak kaunter tiket dah kosong so terus beli tiket and roger Mr Hubby and anak2x.. Terkejut Mr. Hubby bila aku kata dah beli tiket.. heheh.. Akhirnya misi untuk naik ke Menara tercapai juga..

Tiket naik ke taming Sari..Dewasa RM 10 and kanak2x RM5..

Menara Taming Sari nie masa naiknya adalah 7 minit.. 1 minit naik ke atas and 5 minit berputar di atas and 1 minit untuk masa turun.. walaupun sekejap tapi sangat best apatah lagi dapat tengok panorama indah waktu malam di Melaka.. Kat sini juga baru aku tau yang Mr Hubby gayat dengan tempat tinggi.. huhu..

Lepas je turun dari Menara we all terus ke seberang jalan untuk meronda kat area pasar malam.. Panjang gak pasar malam kat sini.. macam2x dijual and ternyata lebih murah berbanding kat tempat lain. Kat pasar malam nie we all beli fridge magnet, key chain and makanan. Semua orang lapar beb coz tadi makan tak kenyang..

Dah penat berjalan terus balik ke hotel and tido.. zzzzzzzz

No comments: